Kaching!

Jumaat, 16 Disember 2016

Bayi Kena Kuning Juandis Pada Hari Kedua

Baby duk dalam bekas bayi dan dipersiapkan dengan alat lampu kalimantang dan plastik biru
Bayi lahir pada 11 Ogos 2016. Mama Sha dah mula bertanya kepada jururawat (nurse) anak ada kuning tak? Katanya, kuning juandis hanya dapat dikesan pada hari kedua kelahirannya di muka bumi ini. Jadi, pada hari pertama, suka hati lah sebab bayi tak ada kuning.

Masuk hari kedua, nurse sudah catatkan kuning bayi sudah 108. Ok lagi sebab tahapnya memang rendah untuk ditahan di wad. Tapi pada hari ketiga, kuning bayi makin naik dan naik. Pada hari ketiga dan keempat, bayi diberi mesin khas ini. Bekas bayi. Lampu untuk juandis serta latar plastik biru. Selain itu, tutup mata bayi juga diberikan.

Mula-mula, beri saiz S. Tapi tak muat la untuk anak mama Sha ni. Kepala baby masa keluar ni dah 39 cm. Jadi, ambil saiz M, muat lah. Nurse suruh pasang sendiri. Sehari dapat buat dua-tiga jam, cucuplah. Papa Iz yang tolong Mama Sha. Kalau nak Mama Sha buat sorang, tak termampu sebab Mama Sha baru lagi kena operate. Lagipun susah nak pegang spek mata tu, dengan nak bagi bayi dalam kedudukan ini, menirap. Baby pun banyak menangis juga duduk dalam keadaan lagi. Mungkin juga sejuk sebab tak pakai baju mahupun selimut. Kulit bayi kan nipis dan sensitif.

Ini gambar Mama Sha ambil pada 14 Ogos 2016, 1 pagi. Masa tu Papa Iz dah balik. Tiada peneman dibenarkan di wad. Eh, kenapa Mama Sha boleh duduk sana? Sebenarnya, Mama Sha kena tahan wad kerana pembedahan. Panjang ceritanya..

Mama perasan gambar ini, kaki bayi merah. Kenapa ya? Pakai spek tu, hidung jadi penyet. Hahaha.

Ok, jumpa lagi di lain entri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai acik semua..