Kaching!

Khamis, 2 Mac 2017

Perkataan Bunyi-bunyian Oleh Bayi



Perkataan bunyi-bunyian pertama yang baby Harraz dapat sebut ialah "ayah". Bapa baby memang excited giler. Tapi mama cakap, itu bukannya dia faham dan nak sebut ayah. Tapi sekadar sebut sahaja. Sebab mama ada baca dalam journal kanak-kanak.

"Aba bet" bila Harraz merajuk, perkataan inilah yang akan keluar. "Aba bet." Kalau dia ajuk dia pun pada bila-bila masa, dia tetap akan terasa dengan perkataan bunyian ini. "Aba bet".. Hahaha, cute sangat.

Itu minggu lepas sebutannya (Bulan Februari 2017 bersamaan 6 bulan usianya). Minggu ini pula bila masuk bulan Mac 2017, dia suka sebut "ababa baba". Pagi tu 28 Februari 2017, mama dan ayah berjaga malam, termasuklah baby Harraz. Sebab baby sakit (selesema, hidung tersumbat). Bila dah usahakan dengan ubat minum dan juga minyak bawang putih, kami semua dapat tidur. Tapi bila mama terjaga pada pukul 6.30 pagi, baby dah duk "ababa baba". Senang hati mama sebab bayi mama ni dah sihat. Alhamdulillah, sihat dan ceria.

Alahai, anak mama, dah besar. Sudah nak masuk 7 bulan.

Semakin comel dan cerdik. Badannya memang besar sikit. Sejak umur 4 bulan dah kena pakai baju besar dari saiznya. Kena pakai lebih 3 bulan dari umurnya. Bila dah 5 bulan, baju umur 9-12 bulan. Oh anak mama. Sihat dan kuat.

Mama dan ayah sayang sangat pada kamu. Semoga kamu membesar menjadi anak soleh dan menyejukkan hati mama dan ayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai acik semua..