Kaching!

Rabu, 26 April 2017

Baby Duduk dan Tepuk Tangan Pada Usia Lapan (8) Bulan



Alhamdulillah, mama perasan bayi Baby Harraz sudah pandai duduk, pada minggu lepas. Dia duduk dalam ruang kaki bukaan mama tapi bila mama sedar Baby boleh duduk, mama perlahan-lahan ke belakang sikit. Tadaaa, Baby sudah boleh duduk pada usia 8 bulan.

Papa Iz cakap Baby Harraz sudah pandai tepuk tangan. Mama tak nampak lagi. Bila mama nampak, alahai, comelnya anak mama. Harraz akan tepuk tangan bila dia dalam keadaan gembira. Boleh main, tepuk amai-amai lah lepas ini.

Mak dan Ayah mama (tok dan tok wan Harraz) ada call Ahad (23.04.2017). Mama maklumkan kepada mereka perkembangan bayi. Mereka kata Harraz akan terus berdiri tanpa merangkak!Setahu mama, babi akan duduk kemudian baru merangkak.

Papa Iz risau kalau duduk dan terus berdiri, maknanya ada sejenis penyakit.

Semoga baby baik-baik sahaja dan membesar dengan jayanya. Anak mama ni dah berat la.
Baby Harraz umur 2 hari lagi 3 bulan. (19.11.2016)