Kaching!

Khamis, 13 Julai 2017

Demam Panas, Suhu Tinggi, Cucuk Ubat Buntut

Di Klinik Kesihatan Setapak, Kuala Lumpur. 11 bulan 2 hari. 13 Julai 2017
 Bayi berusia 11 bulan, demam sudah dua minggu lepas. Sampai keluar kahak melalui dengan telinga. Sudah sihat telinganya itu. Hari ini kena pergi juga ke Klinik Kesihatan disebabkan demam panas, suhu tinggi. Doktor memang cadagkan supaya cucuk buntut kerana suhunya tinggi. Tadi periksa dengan Medical Assistant (MA) 38.5 darjah celcius. Biasanya dia demam tapi dia tak lah sampai setinggi ini.

MA suruh buka seluar dan pampers. Dia masukkan ubat ke dalam buntut. Dia minta lapkan dengan kain basah lembab. Dah buka seluar tu, nak pakaikan susahlah pula. Hai la anak..

Kemudian, kena pergi ambil darah untuk pemerhatian makmal pula. LPasang lagu Didi and Friends pun dia dah tak layan. Dia tahu sakit. Eleh, mama pun kena cucuk juga, tak sakit pun. Ini Harraz ikut ayahnya la, takut jarum. Baby menangis punya la kuat. Semua orang tengok. Mama bawa Harraz ke luar. Orang punya la ramai hari ini. Nak lalu pun susah.

Gambaran tadi. Terkejut, beratur sampai keluar-keluar

Mama bawa keluar dan tenangkan bayi. Bagi minum susu. Kemudian, dia ok. Bila ada kawan (kanak-kanak) sebelah dia, lagi dia ok. nak berkawan. Kakak tu cakap, dahi tinggi, tanda budak cerdik ni. Mama senyum sahaja, dalam hati, pandai ikut mama la ni. Hihi.

Jumpa doktor, doktor tengok analisa darahnya. Doktor kata palet untuk dengginya ok. Darah putihnya pun ok. Tak ada masalah apa. Paru-paru pun ok. Tak ada kahak dalam peparu. Doktor cakap ini adalah demam virus. Maknanya berjangkit dengan orang lain. Budak-budak punya imun lain, dia lebih mudah terkena jangkitan penyakit.

Doktor juga risau kalau kurang minum, kanak-kanak akan cepat hydryted. Kekeringan. Bahaya. Kena tahan wad sebab bendalir dalam badan kurang.

Doktor periksa tengkok untuk lihat kerongkongnya, susah betul. Baby nangis-nangis. Mama yang pegang, doktor banyak kali cuba. Tukar ayah pula pegang baby. Pun susah juga. Doktor sebelah pun datang tolong ajar cara pegang bayi. Tak lama kemudian, ok dapat tengok kerongkong. Tak ada tongsil.

Doktor cakap kalau tongsil bengkak, akan kurang selera makan, muntah-muntah, tak aktif.

Doktor pesan supaya sentiasa pantau suhunya. Kalau panas 38 darjah ke atas, boleh bagi ubat buntut. Ubat buntut ni lebih cepat turunkan suhu. Kalau suhu tinggi, boleh sebabkan budak-budak 5 tahun ke bawah dapat sawan. 

Boleh juga lapkan badannya dengan kain air sejuk untuk kurangkan kepanasan. 

Baby dah demam lama. On off. Tapi sejak Isnin dia merengek je kat taska. Malam-malam, dia demam panas. Malam tadi, lap-lap pun suhu tak turun juga. Bagi makan ubat pun tak turun suhunya. Risau mama. Merengek. Jadi, janji dengan baby nak bawa pergi klinik pada hari ini.

Pagi tadi, ayahnya tanya balik, kata nak bawa ke klinik. Ya, jadi. Kesian kat baby. Risau bukan demam je. 

Pergi kerja dahulu, punch card,isi borang kebenaran keluar pada waktu pejabat dan masuk balik pukul 2.30. Hihi. Sepatutnya, masuk balik pukul 2 petang. Tapi terlajak sikit. Anak mama pun aktif kat rumah tadi. Asyik datang peluk dan cium mama. Dah pandai sebut. "ma.. ma"

Semoga anak mama cepat sihat. Suka mama tadi baby mama dah cerdik.





Rabu, 5 Julai 2017

Telinga Keluar Lendir Kahak

Bayi yang demam dan selesema dalam tempoh yang lama kalau lendir kahak tidak keluar melalui mulut, hidung, air liur, muntah, atau berak, ia akan keluar melalui telinga! Ya, agak bahaya. Tetapi jangan risau.

Apa yang penting ialah pergi berjumpa doktor dan makan antibiotik yang diberikan. Sebelum itu, bolehlah kita lap telinga dengan lembut kain bersih yang telah dilembabkan dengan air suam. Tetapi jangan pula hanya mengelap sahaja tanpa pergi berjumpa doktor ya. Hal ini kerana kuman dalam telinganya mungkin boleh merebak ke kerongkong atau bahagian lain. Kuman ni sangat jahat tau. Kalau tak rawat, ia memang akan ke arah lain pula.

Cara untuk ubatinya ialah dapatkan ubat dari doktor. Doktor akan pastikan bayi kita sesuai untuk ubat titik atau krim sapu atau terus makan antibiotik. Kalau tidak demam, doktor akan bagi ubat titik atau krim sapu. Tapi kalau masih demam, antibiotik makan akan diberikan. Lendir kahak akan kering dalam masa 24 jam. Kalau tiga hari tidak sembuh lagi, bolehlah berjumpa doktor semula untuk konsultansi lagi.

Selain itu, kurangkan pemberian susu dan berikan air masak (kalau berumur enam bulan ke atas). Boleh beri nasi je pun ok. Sebab susu lagi manis dari nasi.
Kalau enam bulan ke bawah, kurangkan scope susu.

Bila Bayi Sepuluh Bulan Mula Bercakap

Gambar diambil pada 9 Februari 2017 pada usia 6 bulan, selepas mandi. Nampak comel pula. Hihi

Budak comel ni, pepagi tadi buat perangai. Dah nak masuk sebelas (11) bulan pun.

Nak pakaikan baju dia, dia duk
"Amau"
"Amau"
"Amau"



(Maksudnya, "tak mau")

Nasib la dapat mama garang. Paksa pakai baju jugak. Lepas tu, dia diam je, merajuk le tu, tak ceria sampaikan pengasuh dia pun tanya kenapa ni.. Biasanya kalau tengok kita pun dah senyum. Kalau panggil nama lagilah sengih2..




Kalau kita pegang dia tak bagi dia nak pergi (merangkak) dia akan cakap, "Pas. Pas. Pas"

Maksudnya "lepas"




Alahai anak. Macam2 ragam.