Kaching!

Jumaat, 4 Ogos 2017

Perkataan Pertama Bayi Sha

Bawa harraz ke Kellies Caste, Ipoh, Perak, 11 bulan, 29  Julai 2017


Perkataan pertama yang keluar dari mulut baby ialah "angin" pada usia 2 bulan. Pada masa itu, mama letak minyak atas perut baby dan sapu-sapu, urut-urut. Memang mama akan naik keluar angin badan. Duk erk, erk.. Mama akan cakap pada baby, angin.. Hari itu, mama tak cakap, tapi baby yang cakap. Tapi sekali itu sahaja lah.

Kemudian, seingat mama perkataan pertama baby lagi ialah "ma.. ma". Seingat mama la.

Pagi tadi, pada usia baby nak masuk 12 bulan, tinggal lagi 7 hari lagi, baby sebut "pampers". Biasanya baby sebut e-pers. Semuanya mula dengan e-.. Contohnya, handphone, baby akan cakap, e-phone.

Selamat membesar anakku. Gigi belum tumbuh. Berjalan pun belum. Berdiri sekali sekala. Ada satu malam minggu lepas tu, mama sedang makan nasi, tetiba baby yang berada di sebelah mama, bangun berdiri sambil tepuk tangan beberapa kali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai acik semua..