Kaching!

Rabu, 15 November 2017

Bercuti di Perak dan Tempat Menarik Yang Dilawati

Dalam kandang kuda, Kellies Castle

Mama saja naikkan gambar anak mama masa bercuti kat Ipoh. Tapi banyak lagi.. Tapi macam dah hilang jer gambarnya. Hanya ini yang sempat diselamatkan. Hihi.
Kita bercuti kat Perak sempena mama ada kerja kat sana. Jadi, tengahari Sabtu dan Ahad kita berjalan-jalan di Perak. Kita pergi ke Kellies Castle, Batu Gajah, tidur semalam kat Sri Manjung. Tempat pertama mama dan ayah berjumpa. Ayah pilih hotel yang sama. Ikutkan mama, nak pilih bilik yang sama. Eh, jangan salah faham. Mama, ayah dan kawan mama ambil bilik sorang satu. Bukan kami buat maksiat tau. Hotel tu dekat dengan Giant. Nama mama dah lupa. JJ sana sikit. Dekat juga dengan kedai kucing.
Lepas tu, kita pergi jumpa kawan ayah dan lepak kat Lumut. Juga tempat mama dan ayah dating. Hihi..
Esoknya, kita pergi ke Pulau Pangkor, Perak. Alang-alang, kan.. Tengahari pergi, petang balik.. Pusing naik motor je..
Masa ni baby umur 11 bulan. 28-19 Julai 2017.


Tengok reaksi adik.. Aneh. Hihi. Inilah termpat dikatakan hantu berkeliaran di sebelah kanan ayah tu

kat atas bumbung Kellies Castle

Ayah menggeletar gayat.. Mama dan baby bantai gelak.. Hahaha

Kellies ni nama mak kepada pemilik rumah ini, seorang anak lelaki. Selepas dia sedih ibunya meninggal dunia, terus namakan istana ini nama ibunya. 
Nama pemuda ini, ala lupa.. Stanford ke apa.. Dia berasal daripada keluarga susah di Britain dan lebih susah pada Zaman Revolusi Besi. Kerajaannya menawarkan peluang pekerjaan di luar negara. Dia datang sini sebagai arkitek.

Kemudian berjumpa dengan isterinya yang duk di Singapore. Kahwin. Kemudian, mak dia meninggal. Dia balik jap. Kemudian balik sini balik.

Mereka sangat gigih. Selepas satu usaha mereka buat gagal, mereka buat lagi usaha yang lain. Usaha yang mama maksudkan, mereka adakan ladang kapas. Gagal. buat yang lain pula. Lepas tu, buat ladang getah, baru berjaya.

Yang tak bestnya, isteri si pemilik ini m

Hantu pemilik sebab tak tenang dan menjaga rumah ini. Ia dikatakan sering berkeliarkan di lalun pejalan kaki tu. Isterinya pula yang duduk rumah ini.

Panjang lagi lah ceritanya sampai anaknya ke Cameron Highland, Pahang pun ada.


Pulau Pangkor, Perak.

Pagi tu masa kat hotel, kita decided to go Pangkor Island. Awal tu, ayah gi beli untuk kita bawa bekal. Kemudian, belikan kasut mama gantian sebab ayah dah tinggalkan kasut Bata merah kesayangan mama.


Tengahari juga la kita naik feri. 12.15 tengahari. Kalang-kabut dari tempat parking ke jeti. Rupanya lambat lagi nak gerak. Satu baris penumpang tu ada 3 tempat duduk. Lagi tepi kami adalah seorang budak yang naik dengan ayahnya. Mereka ada hantar ikan bilis ke darat (Lumut). Budak tu la bagitau kami feri akan berhenti di Pulau Pinang dahulu, Kemudian baru berhenti di tempat yang sepatutnya kita turun.

Laut Pangkor

Mama suka gambar ini.. Cantik. dengan sampan, bot.. macam lukisan mama kecil-kecil (masa sekolah) dulu. Muka mama dah macam orang siam (pakai tudung bulat)

Ayah layan baby

Cantik, kan..

Kat masjid tepi pantai Pangkor. Ayah singgah solat Zuhur. Baby happy merangkak sebab luas kat sini.

kat Kota Belanda

Kota Belanda, senyum dalam keletihan

eh, dah kenapa

cantik kan Kota Belanda