Kaching!

Memaparkan catatan dengan label perkembangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perkembangan. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Januari 2019

Anak Bijak Melepasi Usia

Anak bijak selalunya akan melepasi usia. Contoh umur baru 1 tahun tapi gelagat macam 4 tahun. Anak bijak mama..

1. Tadi saja cakap, "Thank you,".

Harraz jawab welcome.
Bapanya xpercaya. Tapi mama dengar dengan jelas sebutannya.

Cuba lagi sekali, tetap jawapan welcome. Cuba lagi banyak kali, welcome juga.

Ya Allah, pandainya anak mama.

2. Tadi bapanya cakap, "kunci motor saya mana?"
Harraz datang kat mama dan tanya, "Mama, nampak kunci motor ayah x?"

Mama dan ayah x ada cakap apa-apa pun.

3. Sekarang dah x nak pakai pampers. Nak tidur pun x nak pakai jugak. Kalau nak kencing, dia akan pergi sendiri ke bilik air dan kencing kat mangkuk tandas. Kemudian dia ambil air basuh. Mama saja la tengok gelagat dia. Tapi mama akan basuh lepas tu.
Kalau nak berak, baru dia minta pakaikan pampers.

Semua2 ni, mama dan bapanya x pernah ajar pun. Dia yang buat sendiri.

2y5m
Kuala Lumpur.
Gambar trowback bawa Harraz kat ofis sebab xnak pergi taska, nak ikut mama pergi kerja.

Rabu, 26 April 2017

Baby Duduk dan Tepuk Tangan Pada Usia Lapan (8) Bulan



Alhamdulillah, mama perasan bayi Baby Harraz sudah pandai duduk, pada minggu lepas. Dia duduk dalam ruang kaki bukaan mama tapi bila mama sedar Baby boleh duduk, mama perlahan-lahan ke belakang sikit. Tadaaa, Baby sudah boleh duduk pada usia 8 bulan.

Papa Iz cakap Baby Harraz sudah pandai tepuk tangan. Mama tak nampak lagi. Bila mama nampak, alahai, comelnya anak mama. Harraz akan tepuk tangan bila dia dalam keadaan gembira. Boleh main, tepuk amai-amai lah lepas ini.

Mak dan Ayah mama (tok dan tok wan Harraz) ada call Ahad (23.04.2017). Mama maklumkan kepada mereka perkembangan bayi. Mereka kata Harraz akan terus berdiri tanpa merangkak!Setahu mama, babi akan duduk kemudian baru merangkak.

Papa Iz risau kalau duduk dan terus berdiri, maknanya ada sejenis penyakit.

Semoga baby baik-baik sahaja dan membesar dengan jayanya. Anak mama ni dah berat la.
Baby Harraz umur 2 hari lagi 3 bulan. (19.11.2016)